Cerita Korea yg ditayangkan di, Astro 303 telah berjaya menarik perhatian aku. Jln cerita lain dari yang lain & membuat kita berfikir tentang kehidupan. Berkisar kpd kehidupan seorg lelaki, Deahon yg berkahwin dgn kekasihnya. Perkahwinannya tidak berlandaskan kejujuran tetapi lebih kpd rasa terhutang budi dgn kekasihnya. Beberapa bln sebelum perkahwinan, dia bertemu dgn seorg gadis yg dicintainya tetapi bertekad meneruskan perkahwinan tersebut kerana beranggapan bahawa tiada pilihan lain buat dirinya. Dia menjalani kehidupan yg sukar apabila terpaksa berpura-pura gembira dgn cara kehidupan keluarga mertua yg kaya. Kemudiannya dia dapati bahawa isterinya menyukai lelaki lain & apabila berterus terang sesama sendiri, barulah masing-masing sedar bahawa keduanya tidak berminat utk berkahwin sesama sendiri. Isterinya bersetuju utk berkahwin kerana beranggapan itulah yg Deahon mahukan. Skrg mereka harus mencari jln utk memberitahu keluarga masing-masing yg mereka mahu berpisah.
Cerita ini menarik kerana membuatkan kita berfikir tentang kehidupan & byk perkara boleh belajar darinya. Antaranya:
Komunikasi adalah perkara penting dlm apa jua perhubungan. Sekiranya tidak ada komunikasi yg berkesan, di situlah pelbagai masalah akan timbul. Masing-masing akan membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah & boleh mengeruhkan keadaan. Jgn beranggapan bahawa orang lain tahu apa yg kita fikirkan & jgn kita beranggapan kita tahu apa yg orang lain fikirkan.
Setiap dr kita perlu buat pilihan dlm kehidupan. Sebelum membuat apa-apa keputusan & pilihan, kita haruslah membuat analisa ke atas setiap pilihan yg ada terlebih dahulu. Buatlah pilihan & keputusan yg terbaik untuk diri kita & semua bukan sekadar terbaik buat ketika itu sahaja tetapi keputusan yang terbaik untuk masa hadapan juga. Apa jua keputusan yg dibuat masa sekarang akan mempengaruhi & membentuk kehidupan kita dimasa akan dtg.
Kejujuran adalah tiang bagi segala perhubungan. Dlm apa jua perkara, kita haruslah bersikap jujur. Kadangkala kita tidak bersikap jujur kerana tidak mahu melukakan hati org lain. Tetapi kita harus ingat bahawa kejujuran itu membantu memperbaiki keadaan. Kita tidak hanya perlu jujur dgn org lain tetapi kita harus jujur dgn diri sendiri. Adakah kita jujur dgn diri sendiri? Adakah kita melakukan sesuatu perkara kerana terpaksa walaupun kita tahu kita akan menderita? Jgn hanya kerana rasa terhutang budi kita sanggup korbankan diri sendiri. Tepuklah dada tanyalah selera. Tanya diri sendiri dgn sejujurnya apa yang kita mahu dalam hidup? Sanggup diri menderita asalkan org lain bahagia? Sampai bila kita boleh bertahan begitu? Jujurlah kepada diri sendiri kerana ini akan membantu org lain jua. Sekiranya kita tidak jujur kpd diri sendiri, kita sebenarnya adalah hipokrit. Hidup dalam kepura-puraan.